SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT
​
Sijil Fesyen dan Pakaian adalah program yang menjurus kepada pengetahuan asas, kemahiran kreatif secara asas dan teknikal dalam reka bentuk pakaian, pembuatan pola dan pembuatan pakaian. Melalui Standard Kompetensi (Competency Standard) program yang digabungkan dengan Body of Knowledge (BoK) menyatukan pengetahuan serta kemahiran kreatif secara asas dan teknikal dalam reka bentuk fesyen yang merangkumi sejarah, lukisan, reka bentuk, pengeluaran, tekstil dan amalan perniagaan. Di samping itu juga, pelajar juga didedahkan dengan kemahiran reka bentuk berbentuk komputer (fashion CAD) selaras dengan tuntutan penggunaan teknologi terkini. Perkembangan ekonomi yang pesat di dalam pelbagai bidang telah menyumbang kepada permintaan tenaga kerja yang berkemahiran dan berkebolehan dalam pelbagai tugas. Berdasarkan senario ini, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti berusaha melahirkan pelajar program Sijil Fesyen dan Pakaian yang memenuhi kehendak industri di dalam bidang TVET. Pelajar dapat mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan dengan fesyen dan pakaian secara teori dan praktikal serta keusahawanan bagi memastikan mereka memperolehi pengetahuan yang mendalam dalam bidang tersebut. Program ini mempunyai 4 semester pembelajaran termasuk satu semester penuh latihan industri di semester 4 untuk memastikan program ini memenuhi keperluan industri bagi memastikan pelajar merasai suasana sebenar alam pekerjaan dan menimba pengetahuan serta pengalaman di industri. Bukan sahaja kemahiran teknikal, malah pelajar juga mempelajari kemahiran insaniah untuk menjadi seorang graduan yang holistik dan bersahsiah tinggi.
PENGENALAN
PROSPEK KERJAYA
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang fesyen dan pakaian. Pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki dalam bidang ini membolehkan graduan memulakan kerjaya sebagai:
a. Tukang jahit
b. Usahawan Fesyen
c. Pembantu pereka fesyen
d. Pembuat sampel pakaian
e. Pembantu pereka kostum
f. Pembantu pengurus butik
g. Pembantu perunding imej
h. Pembantu pereka aksesori fesyen
i. Pembantu pereka sulaman pakaian
j. Pembantu/pembuat atau pemotong pola pakaian
OBJEKTIF PROGRAM/ PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVE (PEO):
Selepas beberapa tahun bergraduat daripada program Sijil Fesyen dan Pakaian, graduan berupaya:
PEO1:
menerangkan dan mengaplikasi pengetahuan yang relevan serta menunjukkan kemahiran asas teknikal dalam bidang fesyen dan pakaian
PEO2:
melibatkan diri untuk memimpin, berinteraksi dan berkomunikasi bersama rakan dan pihak berkepentingan dengan mematuhi amalan etika ke arah Matlamat Pembunganan Lestari (SDG)
PEO3:
mengenalpasti dan menerangkan tentang teknologi digital yang relevan dan teknik numerasi terkait yang boleh diaplikasi kepada bidang Fesyen dan Pakaian
PEO4:
menyedari tentang keperluan pembelajaran sepanjang hayat dan keusahawanan untuk pembangunan kerjaya
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM/ PROGRAMME LEARNING OUTCOMES (PLO):
Pada akhir pembelajaran program ini, pelajar dapat:
PLO1:
menerangkan dan mengaplikasi pengetahuan asas dan peralatan termasuk kemahiran numerasi dalam bidang fesyen dan pakaian
PLO2:
menunjukkan kemampuan melaksanakan tugas berdasarkan arahan termasuk penggunaan media digital, teknologi dan pelbagai teknik antara media dalam fesyen dan pakaian
PLO3:
menunjukkan komunikasi dan berinteraksi dengan rakan, pelanggan, pihak atasan dan masyarakat di dalam persekitaran yang berkaitan dengan pekerjaan fesyen dan pakaian
PLO4:
menunjukkan tanggungjawab dengan komitmen terhadap amalan profesional dan etika termasuk mematuhi peraturan dan undang-undang kesihatan, keselamatan dan persekitaran dalam melaksanakan arahan yang berkaitan dengan fungsi
PLO5:
menunjukkan inisiatif untuk pembelajaran sepanjang hayat dan pemikiran keusahawanan dalam aplikasi fesyen dan pakaian