Akreditasi & Persijilan
PERSIJILAN MQA
Untuk bergerak seiring dengan Institusi-institusi pendidikan di Malaysia, Kolej Komuniti Pasir Gudang berusaha untuk menyediakan pendidikan yang bermutu. Maka, Kolej Komuniti Pasir Gudang sentiasa komited dalam memastikan institusi kami memperolehi Persijilan MQA. Akreditasi MQA ini dapat memastikan program pengajian tinggi yang ditawarkan di Malaysia mematuhi MQF melalui semakan sembilan aspek utama proses pengajaran dan pembelajaran di Pemberi Pengajian Tinggi (PPT). Sembilan proses ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam dokumen-dokumen jaminan kualiti berikut:
​
​
PENGIKTIRAFAN SEBAGAI PENYEDIA LATIHAN DARIPADA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (HRDF)
Unit Jaminan Kualiti KKPG berperanan dalam usaha mendapatkan pengiktirafan daripada badan/agensi diperingkat kebangsaan atau antarabangsa. Seiring dengan Misi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti iaitu "Memperkasa Komuniti Melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat", Kolej Komuniti Pasir Gudang komited untuk menjadi Penyedia Latihan yang diiktiraf oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF). Justeru, bagi menggalakkan Pembelajaran Sepanjang Hayat dan membudayakan ilmu pengetahuan , Kolej Komuniti telah berjaya mendapatkan pengiktirafan sebagai Penyedia Latihan atau Training Provider.
​