
MAKLUMAT KORPORAT
KKPG merupakan sebuah institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).KKPG mula beroperasi pada 1 Julai 2006 di atas nama Kolej Komuniti Tebrau di lokasi No 61, Jalan Kijang, Taman Scientex 81700 Pasir Gudang, Johor. Pada tanggal 18 September 2007, secara rasminya Kolej Komuniti Tebrau telah bertukar kepada nama Kolej Komuniti Pasir Gudang. KKPG menawarkan program di peringkat sijil dan tawaran terbuka kepada semua warganegara Malaysia dengan permohonan melalui Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi.
Program sepenuh masa yang ditawarkan adalah :
-
Sijil Pengoperasian Perniagaan (SPP)
-
Sijil Teknologi Maklumat ( STM )
-
Sijil Fesyen dan Pakaian ( SFP )
-
Sijil Dandanan Rambut ( SDR )
-
Sijil Terapi Kecantikan & Spa ( STK )
KKPG juga turut menawarkan kursus pendidikan sepanjang hayat bagi memenuhi permintaan dari komuniti setempat, jabatan-jabatan kerajaan dan swasta serta industri. Ia berperanan untuk memberi peluang latihan dan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat serta peluang pendidikan kepada lepasan menengahsebelum ke pasaran pekerjaan atau melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi disamping pemberian Pendidikan Berterusan kepada komuniti setempat.
Selain dari jabatan akademik, KKPG turut di sokong dan dilengkapi dengan Unit Komunikasi dan Korporat, Unit Pentadbiran, Unit Kewangan, Unit Peperiksaan, Unit Latihan, Unit Pembangunan & Penyelenggaraan, Unit Jaminan Kualiti, Unit Pengurusan Psikologi, Unit Perhubungan & Latihan Industri, Unit Pusat Sumber, Unit Teknologi Maklumat, Unit Penyelidikan , Inovasi dan Pengkomersialan, Unit Keselamatan dan Unit Keusahawanan.

Maklumat Operasi
Alamat
No.61, Jalan Kijang, Taman Scientex, 81700 Pasir Gudang, Johor
Nombor telefon
07-2543150
Nombor faks
Masa Operasi
Isn - Jum
8:00 pagi – 5:00 petang
Sabtu
Tutup
Ahad
Tutup
07-2543160