
Pendidikan tinggi memainkan peranan penting dalam memastikan kesinambungan sistem pendidikan di Malaysia. Dalam hubungan ini, Pelan strategik merupakan komponen terpenting dalam usaha merangka dan merancang dasar, menentukan program dan tindakan bagi mencapai matlamat agensi dan seterusnya menyumbang kepada pencapaian agenda perkhidmatan awam dan negara. Perancangan strategik sesebuah institusi dilihat sangat signifikan dalam memastikan perkembangan pendidikan tinggi di negara ini lebih-lebih lagi di persekitaran ekonomi yang sangat kompetitif. Klik butang di bawah untuk melihat Pelan Strategik yang telah dirangka.
Penyediaan Takwim Tahunan bertujuan memastikan perancangan dan pelaksanaan aktiviti organisasi dilaksanakan secara sistematik, tersusun dan berkesan selaras dengan keperluan EOMS ISO 21001:2025, bagi menyokong pencapaian objektif organisasi, memenuhi keperluan pihak berkepentingan serta menggalakkan budaya penambahbaikan berterusan.
Penyediaan Takwim Tahunan dilaksanakan melalui sesi perbincangan dan penyelarasan bersama semua unit bagi mengenal pasti aktiviti, program, kursus dan mesyuarat yang akan dilaksanakan sepanjang tahun. Perancangan ini mengambil kira keutamaan organisasi, keperluan pihak berkepentingan, pengurusan risiko serta pelan strategik institusi bagi memastikan pelaksanaan aktiviti lebih sistematik, tersusun dan selaras dengan keperluan EOMS ISO 21001:2025.