top of page
Sale Branding
Sale Branding

SIJIL PENGOPERASIAN PERNIAGAAN

CARTA ORGANISASI PROGRAM

Program Sijil Pengoperasian Perniagaan (SPP) merupakan program sepenuh masa peringkat sijil yang ditawarkan dalam tempoh dua tahun, iaitu tiga semester pengajian dan satu semester latihan industri. Program ini menyediakan dan membekalkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan amalan pengoperasian perniagaan selari dengan keperluan industri. Program ini turut mendedahkan kemajuan teknologi dan budaya inovasi bersesuaian dengan perkembangan dan kemahiran berkaitan aspek perniagaan, keusahawanan, perakaunan, statistik dan ekonomi. Pelajar turut menjalani latihan industri sebagai persediaan awal bagi memenuhi keperluan pasaran kerja.

PENGENALAN

PROSPEK KERJAYA

Program ini menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengoperasian perniagaan. Graduan program ini akan memulakan kerjaya sebagai penyelia dalam bidang:
a. Perniagaan
b. Keusahawanan
c. Pemasaran
d. Jualan
e. Pentadbiran
f. Pengurusan
g. Peruncitan
h. Sumber Manusia
i. Kewangan
j. Logistik

OBJEKTIF PROGRAM/ PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVE (PEO):

Sijil Pengoperasian Perniagaan mampu melahirkan graduan yang berupaya:
PEO1:
mengaplikasikan teori asas dan pengetahuan praktikal dalam perniagaan selari dengan keperluan dan perkembangan teknologi semasa.
PEO2:
menunjukkan kemahiran keusahawanan dan asas operasi perniagaan yang berkaitan dalam pelbagai organisasi.
PEO3:
mengaplikasikan asas teknologi digital dan kemahiran pengiraan untuk menyokong fungsi perniagaan.
PEO4:
menunjukkan kemahiran kerja berpasukan, komunikasi dan interpersonal serta sikap bertanggungjawab dalam kemajuan kerjaya.
PEO5:
mengaplikasikan kemahiran kendiri secara berterusan dan etika profesionalisme dalam persekitaran pekerjaan dan sosial.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM/ PROGRAMME LEARNING OUTCOMES (PLO):

Pada akhir pembelajaran program ini, pelajar dapat:
PLO1:

Menerangkan pengetahuan asas berdasarkan fakta, konsep, prinsip dan teori dalam mengurus aktiviti perniagaan.
PLO2:

Mengaplikasikan pengetahuan asas perniagaan untuk menyelesaikan masalah dalam mengendalikan aktiviti perniagaan.
PLO3:

Menunjukkan kemahiran teknikal di dalam organisasi yang berbeza.
PLO4:

Menunjukkan kebolehan berinteraksi secara berkesan untuk membina hubungan baik dalam menguruskan aktiviti perniagaan.
PLO5:

Mengamalkan kemahiran komunikasi secara berkesan dengan rakan sekerja, majikan serta komuniti.
PLO6:

Mengaplikasi teknologi digital yang berkaitan dalam menguruskan aktiviti perniagaan.
PLO7:

Mentafsir data grafik dan berangka menggunakan peralatan yang sesuai.
PLO8:

Mengamalkan kemahiran kepimpinan dalam mengurus pasukan dan bertanggungjawab dalam organisasi.

HUBUNGI KAMI

Terima kasih kerana hubungi kami!

 Unit Jaminan Kualiti Kolej Komuniti Pasir Gudang

Tel. 07-2543150

© 2035 by ITG. Powered and secured by Wix

bottom of page