

SIJIL DANDANAN RAMBUT
PENGENALAN
Program Sijil Dandanan Rambut (SDR) merupakan program sepenuh masa peringkat sijil yang ditawarkan selama dua tahun, iaitu tiga semester pengajian dan satu semester latihan industri. Penawaran program ini adalah sebagai cabang dalam perkhidmatan kendiri iaitu kemahiran dandanan rambut. Kemahiran dandanan rambut yang kukuh dalam mencipta gaya unik yang memenuhi kehendak dan citarasa pelanggan serta komunikasi yang efektif dan menjaga etika kerja yang tinggi seperti kebersihan dan profesionalisme. Dengan kombinasi kemahiran ini, maka penyediaan tenaga kerja yang memenuhi kehendak industri dandanan rambut dapat dipenuhi sekaligus dapat merealisasikan aspirasi negara dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dalam melahirkan graduan yang mahir dalam sektor Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET). Seiring dengan perancangan RMK-12, tumpuan akan diberikan bagi mengukuhkan ekosistem yang menyokong pertumbuhan ekonomi dan menarik pelaburan berkualiti, termasuk membangunkan bakat yang berkemahiran, menyediakan infrastruktur dan utiliti yang lebih baik serta menggalakkan industri berinovasi dan menerima guna teknologi. Program berbentuk latihan TVET seperti dandanan rambut dapat membantu sasaran kerajaan dalam mencapai 35 peratus tenaga kerja mahir serta memperkasa modal insan di mana tenaga kerja berasaskan TVET akan berkembang sehingga 7.98 juta menjelang tahun 2030