Bengkel Pengesahan Prosedur Kualiti Educational Organisations Management System (EOMS)21001:2025
- UNIT KUALITI KKPG
- 2 days ago
- 1 min read
29 Disember 2025 - 01 Januari 2026
Bengkel Pengesahan Prosedur Kualiti EOMS ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Kolej Komuniti Pasir Gudang (KKPG) dalam memperkukuh sistem pengurusan kualiti selaras dengan keperluan EOMS 21001:2025.
Bengkel ini bertujuan memastikan semua dokumen prosedur kerja dan prosedur kualiti institusi disemak, diperkemas dan diselaraskan sebelum melalui proses pengesahan oleh pihak pengurusan. Pelaksanaan bengkel ini juga merupakan langkah strategik dalam meningkatkan kesiapsiagaan warga KKPG bagi menghadapi proses audit serta memastikan semua proses pengurusan dan penyampaian perkhidmatan pendidikan dilaksanakan secara sistematik dan mematuhi standard kualiti yang ditetapkan.
Menyemak dan memperkemas dokumen prosedur kerja serta prosedur kualiti EOMS yang digunakan di Kolej Komuniti Pasir Gudang.
Memastikan setiap dokumen EOMS diselaraskan mengikut format dan keperluan standard EOMS 21001:2025.
Memberi ruang kepada Person In Charge (PIC) untuk membentangkan serta mendapatkan maklum balas berkaitan dokumen yang dibangunkan.
Meningkatkan kefahaman warga KKPG terhadap pengurusan dokumentasi kualiti serta pelaksanaan prosedur yang berkaitan.




#kkpghebat#eomskkpg



Comments